Hari Pertama : Hari kelmarin.
Kita tak boleh mengubah apa pun yang telah terjadi. Kita tak boleh menarik perkataan yang telah terucapkan. Kita tak mungkin lagi menghapus kesalahan dan mengulangi kegembiraan yang kita rasakan kelmarin. Biarkan hari kelmarin lewat dan beristirehat dengan tenang. Lepaskan sahaja.
Hari Kedua : Hari Esok.
Hingga mentari esok hari terbit, kita tidak tahu apa yang akan terjadi. Kita tidak boleh melakukan apa-apa esok hari. Kita tidak mungkin sedih atau ceria di esok hari. Esok hari belum tiba, itu belumt tentu esok hari kita merangkulnya, biarkan sahaja...
Yang tersisa kini hanyalah hari ini. Pintu masa lalu telah tertutup, pintu masa depan pun belum tentu tiba.
Pusatkan sahaja diri kita untuk hari ini. Kita dapat mengerjakan lebih banyak hal hari ini bila kita mampu..memaafkan hari kelmarin dan melepaskan ketakutan akan esok hari.
Hiduplah hari ini, kerana masa lalu dan masa depan hanyalah permainan fikiran yang rumit. Hiduplah apa adanya, kerana yang ada hanyalah hari ini, hari ini yang abadi.
Perlakukan setiap orang dengan kebaikan hati dan rasa hormat, walaupun mereka berlaku buruk pada kita. Cintailah seseorang sepenuh hati hari ini, kerana mungkin besok cerita sudah berganti. Ingatlah bahawa kita menunjukkan penghargaan pada orang lain bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapkah diri kita sendiri.
Jadi, jangan biarkan masa lalu mengekangmu atau masa depan membuatmu bingung, lakukan yang terbaik hari ini dan lakukan sekarang juga...

Comments
Post a Comment